Bursa Malaysia meningkat sebelum susut dalam persekitaran bercampur-campur Wall Street

BeritaHarian Wed, Feb 11, 2026 11:25am - 3 weeks View Original


Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 254 berbanding 227 - NSTP/ASWADI ALIAS
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 254 berbanding 227 - NSTP/ASWADI ALIAS

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu sebelum susut dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur Wall Street.

Pada 9.34 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,747.45.

Indeks penanda aras itu dibuka 3.69 mata lebih tinggi pada 1,751.23 berbanding paras penutup 1,747.54 pada Selasa.

Sentimen pasaran secara keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 254 berbanding 227, manakala 360 kaunter tidak berubah, 1,844 kaunter tidak diniagakan dan 11 kaunter digantung.

Jumlah dagangan mencatatkan 303.41 juta saham bernilai RM179.98 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata semalaman Wall Street ditutup bercampur-campur apabila peniaga respons secara negatif terhadap data jualan runcit yang lebih lemah daripada jangkaan, di tengah-tengah kebimbangan bahawa kecerdasan buatan (AI) akan menimbulkan ancaman kepada sektor kewangan selepas Altruist melancarkan alat perancangan cukai berkuasa AI.

"Sementara itu, hasil 10 tahun Amerika Syarikat (AS) merosot kepada 4.141 peratus. Di Hong Kong, Indeks Hang Seng mengekalkan kenaikannya apabila sentimen kembali kepada mod risiko.

"Kebimbangan peniaga terhadap saham teknologi (mungkin telah berakhir, oleh itu minat terhadap saham teknologi dijangka berterusan, pada masa depan," katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup lebih rendah semalam dalam persekitaran akitivti pengambilan untung susulan prestasi yang kukuh, melihat pembetulan kecil itu sebagai sihat dan menjangkakan indeks akan mencatatkan lonjakan semula dalam masa terdekat.

"Oleh itu, kami menjangkakan indeks akan berada dalam lingkungan 1,745 hingga 1,760 hari ini," katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank menambah 2.0 sen kepada RM5.13, IHH Healthcare meningkat 4.0 sen kepada RM8.81, Maybank turun 2.0 sen kepada RM11.98, Tenaga Nasional merosot 4.0 sen kepada RM13.96, manakala CIMB tidak berubah pada RM8.55.

Bagi saham aktif, MMAG Holdings menambah setengah sen kepada 5.0 sen, Velesto Energy berkurangan setengah sen kepada 30.5 sen, manakala Borneo Oil, Bintai Kinden dan Pharmaniaga tidak berubah, masing-masing pada 1.0 sen, 10 sen dan 30.5 sen.

Saham paling untung menyaksikan Hong Leong Industries naik 82 sen kepada RM18.26, Boustead Heavy Industries menambah 13 sen kepada 44.5 sen, Hume Cement Industries melonjak 12 sen kepada RM3.54, Tomei menambah 8.0 sen kepada RM2.02 dan Greatech Technology meningkat 7.0 sen kepada RM1.85.

Bagi kaunter paling rugi, Nestle turun 60 sen kepada RM111.40, Fraser & Neave merosot 26 sen kepada RM32.92, BLD Plantation dan Hong Leong Bank, kedua-duanya merosot 24 sen, masing-masing kepada RM15.30 dan RM24.74, manakala Malaysian Pacific Industries susut 20 sen kepada RM32.00.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 1.70 mata kepada 12,600.39, Indeks FBM Emas meningkat 1.21 mata kepada 12,722.78, Indeks FBM 70 melonjak 12.71 mata kepada 17,522.12, Indeks FBM Emas Shariah menambah 5.02 mata kepada 12,235.29 dan Indeks FBM ACE menambah 0.26 mata kepada 4,749.02.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 11.47 mata kepada 21,700.62, Indeks Perladangan berkurangan 9.12 mata kepada 8.373.98, Indeks Tenaga turun 1.20 mata kepada 742.59, bagaimanapun Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.37 mata kepada 175.68.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BORNOIL 0.005
BORNOIL-WE 0.005
BURSA 8.830
FBMACE 4400.030
FBMEMAS 12527.360
FBMKLCI 1718.060
FBMSHA 12206.800
GREATEC 1.880
HLBANK 22.820
HLIND 17.180
HUMEIND 3.640
IHH 8.900
MMAG 0.030
MMAG-WC 0.010
MPI 30.100
NESTLE 105.800
PBBANK 4.870
PHARMA 0.260
TENAGA 14.200
VELESTO 0.330

Comments

Login to comment.