Pintaras Jaya menang subkontrak pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Sarawak

BeritaHarian Tue, Feb 03, 2026 08:39pm - 1 month View Original


Pintaras Jaya Bhd
Pintaras Jaya Bhd

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu berkata skop kerja termasuk kerja-kerja tanah, pemasangan cerucuk, penutup cerucuk, jambatan penampan, kerja struktur atas jambatan dan tiang sambut, dan ia akan bermula serta-merta bagi tempoh 29 bulan.

"Tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Pintaras Jaya sepanjang tempoh kontrak.

"Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

"Kumpulan itu juga berhasrat untuk membiayai kontrak tersebut menerusi dana yang dijana secara dalaman," katanya.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 8.830
PTARAS 1.400

Comments

Login to comment.