OCR Group saman Kumpulan Jetson kerana langgar kontrak

BeritaHarian Fri, Oct 04, 2024 10:33pm - 13 hours View Original


Kumpulan Jetson Bhd.
Kumpulan Jetson Bhd.

KUALA LUMPUR: OCR Group Bhd menyaman Kumpulan Jetson Bhd atas dakwaan pelanggaran kontrak bernilai RM88.03 juta untuk membina empat blok pangsapuri servis di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi semalam oleh anak syarikat 50.01 peratus miliknya, O&C Makok Isola Sdn Bhd (OCMI) terhadap Kumpulan Jetson dan dan anak syarikat milik penuhnya, Jetson Construction Sdn Bhd (JCSB).

OCR berkata, OCMI memutuskan untuk memfailkan saman itu selepas menamatkan timbang tara yang dilancarkan terhadap JCSB pada 10 September lalu kerana JCSB gagal membayar bahagian deposit yang diperlukan kepada Institut Arkitek Malaysia, badan induk bagi jurutera yang melantik penimbang tara untuk menyelesaikan pertikaian.

"Sebarang perkembangan material selanjutnya mengenai perkara ini akan diumumkan kepada Bursa Malaysia Securities Bhd sewajarnya," kata OCR.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.550
JETSON 0.220
OCR 0.035

Comments

Login to comment.