Sapura Energy susun rancangan atur kedudukan kewangan

BeritaHarian Mon, Jul 01, 2024 06:29pm - 2 days View Original


KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd sedang menyusun rancangannya untuk mengatur kedudukan kewangan syarikat sejak diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17) dan diberi lanjutan masa untuk mengemukakan pelan berkenaan.

Syarikat yang sedang berdepan masalah kewangan itu telah diberikan lanjutan masa enam bulan sehingga 30 November depan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd untuk mengemukakan pelan penyusunan semulanya.

Sapura Energy berkata kemas kini status hari ini adalah sebahagian daripada keperluan penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia.

"Syarikat ini, bersama-sama penasihatnya akan terus membangunkan pelan itu secara aktif untuk memastikan pelan tersebut cukup kukuh untuk menangani keadaan perniagaan dan kewangannya ," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Pada 3.02 petang, saham syarikat itu tidak berubah pada empat sen dengan 2.31 juta saham diniagakan.– BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BURSA 9.100
SAPNRG 0.040

Comments

Login to comment.